Pertama-tama kalinya, selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman SK Sentosa, Tawau. Laman SK Sentosa, Tawau ini merupakan inisiatif program Fasilitator Schoolnet yang sedang berlangsung di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara.

Program ini merupakan salah satu langkah untuk mendekatkan lagi komuniti sekolah dengan jurang jalur lebar yang sedang meningkat naik penggunaannya di seluruh dunia. Dunia tanpa sempadan. Begitulah moto yang diwar-warkan menunjukkan bahawa tiada jurang antara sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat yang kini di hujung jari anda.