INFORMASI

LENCANA SEKOLAH











Pengertian Warna

Merah: Keberanian dalam menghadapi apa jua cabaran

Putih: Kesucian dan kebersihan jasmani, emosi, rohani dan intelek

Biru: Keharmonian, perpaduan dan kecintaan

Kuning: Kecemerlangan dan wawasan dalam memartabatkan hasrat sekolah


Pengertian Simbol

Padi:
Merujuk kepada pepatah “Semakin tunduk semakin berisi” iaitu bermaksud
setinggi mana ilmu pengetahuan seseorang itu, ia tetap merendah diri/ tidak sombong.

Buku:
Melambangkan ilmu yang merupakan teras kepada segala aspek kehidupan.


Obor:
Melambangkan halangan / cabaran yang perlu ditempuhi sebelum mencapai sesuatu kecemerlangan dalam hidup.

Pensil:
Melambangkan daya usaha yang perlu dilaksanakan untuk menuju kecermalangan.

Topi:
Hasil kejayaan yang diperolehi daripada daya usaha yang perlu dan berterusan.


PENGERTIAN MOTTO

Motto sekolah “Maju dan Cemerlang” membawa maksud melahirkan insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan bidang yang diceburi seterusnya mencapai kecerlangan terhadap diri, masyarakat, bangsa, agama dan Negara.


VISI SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA TAWAU

Meningkatkan usaha secara berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan berlandaskan kepada falsafah pendidikan kebangsaan.






MISI SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA


Sekolah Kebangsaan Sentosa Tawau akan berusaha berterusan membentuk pendidik yang berketrampilan, berwibawa, berbudaya saing, produktif dan kreatif untuk mencipta kecemerlangan pendidikan serta mempertingkatkan prestasi sekolah ini dari masa ke semasa berlandaskan misi dan visi Beyond Excellence melalui perancangan strategik dan pengurusan berkesan untuk mencapai MISI berikut :

1. Melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berwibawa, berketrampilan dan berbudaya saing bagi membolehkan peningkatan prestasi ke tahap cemerlang.

2. Berusaha mencapai dan melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Tawau dalam bidang pendidikan dari segi kuantiti dan kualiti dalam jangka masa empat tahun.

3. Berusaha ke arah mencapai kedudukan prestasi pendidikan antara yang terbaik di peringkat daerah Tawau dalam jangka masa empat tahun.



MATLAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sentosa akan menggerakkan seluruh warganya sebagai satu pasukan yang mantap dalam usaha menyusun dan merancang strategi dan mengenal pasti segala bentuk kekangan serta cuba mengatasinya di dalam melaksanakan program-program yang menjurus ke arah melahirkan pelajar yang berkualiti dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.